Kesedihan peminat seni atas pemergian Arwah Faizal Yusuf baru-baru ini akibat serangan jantung akhirnya terubat jua. Isteri Faizal, Rosemunira Rashid yang ketika itu sedang mengandung selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 april lalu.
Lebih menarik, bayi tersebut amat iras dengan wajah arwah faizal. Jom kita lihat...
Khamis, 28 April 2011
BAYI ARWAH FAIZAL YUSUF...
Posted by nadia_tomei at 9:47 PTG 0 comments
Selasa, 26 April 2011
SONG LYRYIC : Super Junior - Bonamana
Ddanddaranddan, ddanddaranddan, ddanddaranddan, ddadaddarabba
Ddanddaranddan, ddanddaranddan, ddanddaranddan, ddadaddarabba
[Siwon] Neon alggamalgga alggamalgga neomu yebbeun miinah
Nal michyeotdago malhaedo nan niga jotda miinah
[Heechul] Nuga jeonhaejweo my baby, to my baby naega yeogi itdago malya
Gidalinda malya (Baby, you turn it up now)
[Kyuhyun] Neon, gatabuta, gatabuta mal jom haera miinah
Ni maeumeul gajyeotdamyeon geunyang naneun salmyi winner
[Yesung] I sesangyi ichiran, ichiran, yonggi itneun jareul ddara
Na gateun nom malya
[Ryeowook] Ye male say, yeol beon jjigeumyeon neomeoganda
Eusseug, eusseug, eusseug
[Sungmin] Geunyeoneun gangjeok ggeuddeogeobtda
Bbijjug, bbijjug, bbijjug.
[Ryeowook + Sungmin] Nan eoddeogargga eoddeogargga geunyeomani
Nae gwansimin geol, geol, geol
Bounce to you, bounce to you,
Nae gaseumeun neol hyanghae jabil sudo
Eobseul mankeum ddwigo itneungeol
Break it down to you, down to you,
Nae gaseumi neo, neol gajji
Motandamyeon meomchul georanda (nal barabwara)
Borggamargga, borggamargga, borggamargga na gateun namja
Bonchemanche, bonchemanche, bonchemanche doraseo bwado
Bogobwado, bogobwado, bogobwado na bagge eobtda
Bonamana, bonamana, bonamana (Baby, you turn it up now)
[Donghae] Mweol sargga, sargga, sargga, sargga neoreul wihan seonmul
O, michigetda. Saenggakman haedo joahal ni moseub
[Leeteuk] Listen girl [Donghae] Joahae
[Leeteuk] Baby girl [Yesung] Saranghae
[Leeteuk] Namani neoreul wihan namja
[Yesung] Deureojweo bwa neoreul hyanghan gobaek
[Ryeowook] Nae mamyi say, aeman taeuji malgo jebal
Ggeudeok, ggeudeok, ggeudeok
[Sungmin] I noryeok jeongdomyeon narado guhae
Giteuk, giteuk, giteuk
[Ryeowook + Sungmin] Nan eoddeogarago, eoddeogarago geunyeomani
Nae jeonbuin geol, geol, geol
Bounce to you, bounce to you,
Nae gaseumeun neol hyanghae jabil sudo
Eobseul mankeum ddwigo itneungeol
Break it down to you, down to you,
Nae gaseumi neo, neol gajji
Motandamyeon meomchul georanda (nal barabwara)
Borggamargga, borggamargga, borggamargga na gateun namja
Bonchemanche, bonchemanche, bonchemanche doraseo bwado
Bogobwado, bogobwado, bogobwado na bagge eobtda
Bonamana, bonamana, bonamana na bagge eobtda
[Leeteuk] Nan deudyeo michilgeoya. Pogbarhae beoril geoya
[Heechul] Deo mot chamgesseo geunyeomanyi milgo danggigi
[Eunhyuk] O jinjja michilgeoya Nuga jom malryeobwa bwa
[Siwon] Ireoke himdeul georan geol nuga marhaesseoyaji
[Ryeowook] (It's) True, true nae gamjeongeun gal gosi eobseo
Nege majchweo beoringeol neon jal aljanni
[Kyuhyun] How to keep loving you?
Naega jinjja nege jaralge idaero nal sseogyeo dujima
[Yesung] Gidarinda Miina!
[Shindong] Hope you'll step to me, step to me
[Yesung] Saranghanda Miina!
[Shindong] Bring it, sign to me, sign to me
Hahahaha hahahahaha
[Ryeowook] Geunyeoga imi nal barabol
[Kyuhyun] Junbiga dwae isseotna bwa
Bounce to you, bounce to you
Nae gaseumeun neol hyanghae jabil sudo
Eobseul mankeum ddwigo itneungeol
Break it down to you, down to you,
Nae gaseumi neo, neol gajji
Motandamyeon meomchul georanda (nal barabwara)
Borggamargga, borggamargga, borggamargga, na gateun namja
Bonchemanche, bonchemanche, bonchemanche, doraseo bwado
Bogobwado, bogobwado, bogobwado, na bagge eobtda
Bonamana, bonamana, bonamana, na bagge eobtda
Posted by nadia_tomei at 11:45 PTG 0 comments
Justin Bieber Dengan Gambar Bogelnya
Gambar penyanyi lagu Baby edisi tanpa seurat benang..wah!!kontroversi siot artikel nie..hehe..oww........bab2 nie korang laju je kan..adoi!.xpa2..hehe..
Nasib baek air pantai tue cover *tuts* dia...if x............ewah3!!!pandai n lajunyer korang sambung ayat aku...owww...suka yer tengok pic dia xpakai apa2?ehem2,tambah2 yang girls tue.. korang memang...sebenarnya ini bukan gambar sebenar..gambar nie dah di adobe photoshopkan..x percaya?tengok tona kulit kaki dengan badan dia,x sama kan?haha..saya sje buat entry pasal nie cz nak tarik peminat Justin Bieber nie..Tambah2 peminat fanatik justin,kalau saya tulis tajuk yang burukkan Justin,tobat korang xmasuk baca..am i right?Apa2pun,yang paling penting,infonya..Tapi korang dok puja2 dia,dok minat kat dia atau ada yg dok tergila2kan si Justin Bieber nie,korang kenal ke siapakah si
pemuda Justin Bieber nie adalah salah seorang pemuda New World Order (Pemimpin Pemuda Pengikut Dajjal) yang ada kena mengena dengan Iluminati..saya pun xberapa nampak kenapa dia dikatakan sebegitu..Tetapi si gadis pelik Lady Gaga secara terang menerang menonjolkan imej kumpulan iluminatiseperti "Eyes of God" dan mcm2 g dalam klip video mahupun persembahannya..dia nie memang comform iluminati girls..Madonna juga menonjolkan imej iluminati iaitu "Mata Tuhan" dalam klip videonya..Imej "mata tuhan" tuhan tue berbentuk piramid dan terdapat simbol mata dalam bentuk piramid tersebut..
Sekarang ini puak2 yahudi laknat telah berjaya mengawal dalam seluruh bidang dan sudut..Perfileman,ekonomi,produk2 dan banyak lagi...ya....dorang turut memegang kuasa kewangan kat dunia nie..
Tidak mustahil matawang kita jugak terkena tempias kuasa yahudi laknatullah ini..buktinya???Sekarang,
- sila berada di kawasan yang sangat gelap,ambik duit kertas RM1 dan try suluh tepat pada mata Agung..better guna lampu yang terang benderang..guna light camera cybershot sony ka...
p/s: saya bukanlah mintak korang percaya dan bukan jugak mintak korang jgn percaya..kita pun xtau apa di sebalik semua ini..apa2pun harap korang fikir2kan...semoga Tuhan selamatkan KITA(x kira kaum,agama dan bangsa) ..
Posted by nadia_tomei at 11:32 PTG 0 comments
Isnin, 25 April 2011
Sebiji Buah 'Kelapa Misteri' Menyerupai Bentuk Kepala Binatang Di Temui Dekat Kuantan
Posted by nadia_tomei at 7:20 PTG 0 comments
Rabu, 20 April 2011
Misteri Imej Mirip Manusia Dalam Akuarium
Posted by nadia_tomei at 6:27 PTG 0 comments
Gambar Lelaki Paling Cantik Di Dunia
Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai dokter pakar,akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy.Dia mengalami kesakitan yang luar biasa,tapi demi 'cita-cita'nya menjadi seorang perempuan,dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu.Setelah dia berubah menjadi 'perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.
Dua tahun setelah melakukan pembedahan,Nong Poy berhasil memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada saat dia berumur 19 tahun.Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi.Tidak seperti wanita transgender lainnya,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.Oleh karena itu,dia pun ditawar sebagai Model,Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand.Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat.Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland.'Nong Poy Treechada' yang nama sebenarnya 'Treechada Petcharat',dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.
Posted by nadia_tomei at 6:19 PTG 0 comments
Bangkai Makhluk Asing Ditemui di Rusia – Video
Seperti mana dalam video diatas, bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.
Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.
Posted by nadia_tomei at 6:07 PTG 0 comments
Isnin, 18 April 2011
Kenali Najwa Muhyiddin
Pada masa hayatnya, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Mesjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungai Mati Muar.
Malah yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar. Suara Allahyarham dengan lantang dan bergema semasa menyampaikan pengajaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk pergi mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak paling tua dari isteri yang pertama.
Cucu Tuan Guru Muhammad Yassin.
Najwa Muhyiddin artis yang sedang meniti kegemilangan merupakan seorang siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia.
Najwa ingin menyemarakkan genre soul dan jazz di Malaysia terlebih dahulu. Gadis ini mahu mengubah persepsi dan tabu klise. Tidak bersandarkan nama ibu bapanya, ia mahu menjual vokalnya sendiri.
Dia sedar itulah cara yang paling tepat untuk bakatnya dihargai secara telus dan bukan kerana dia anak orang kenamaan. Dia ialah duta kepada namanya sendiri. Najwa juga bangga dapat berganding suara dengan Maliq untuk lagu Kau Yang Punya. Persetujuan kolaborasi itu, katanya, dicapai menerusi mesej-mesej di laman sosial Myspace.
"Saya suka berkolaborasi. Tetapi saya juga tidak mahu gunakan nama orang lain untuk menaikkan nama saya sendiri. "Malah membina nama sendiri dapat memberi kepuasan," jawabnya apabila ditanyakan amalan 'featuring' dalam dunia nyanyian terutama hip
hop atau jazz.
Buat masa ini, dalam usaha membina nama 'Najwa' itu sendiri, dia sedang berkira-kira untuk membikin sebuah album mini yang mengandungi lagu-lagu miliknya.
Dua tahun lalu beliau mendalami bidang seni ini di Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM), Kuala Lumpur, Najwa bakal terbang ke Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat, september ini selama dua tahun.
Posted by nadia_tomei at 12:31 PG 0 comments
JENIS-JENIS CINTA
Begitu banyak peluang yang ALLAH SWT berikan, yang Rasulullah SAW tunjukkan, untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terpuruk, kerananya. Semoga hadis-hadis cinta ini bisa mengantarkan kita untuk sedikit demi sedikit memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya, insyaALLAH.
CINTA YANG MEMBERIKAN CAHAYASesungguhnya di kalangan hamba-hamba ALLAH itu ada satu golongan, mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada', tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka, tempat mereka di sisi ALLAH SWT. Kata para sahabat: "Khabarkan kepada kami siapa mereka?" Rasulullah SAW bersabda: "Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana ALLAH, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi ALLAH, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata, sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak takut dan tidak sedih." - HR Abu Daud.
CINTA YANG MENGGUGURKAN DOSASesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.- HR Tabrani.
CINTA YANG MEMBERIKAN KETEDUHANSesungguhnya ALLAH SWT pada hari kiamat berfirman: Di manakah orang yang cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.- HR Muslim.
CINTA YANG BERBALAS CINTAALLAH SWT berfirman: Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku. - Hadis Qudsi.
KERANA CINTA, DICINTAINYABahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu ALLAH SWT mengutus malaikat untuk mengekorinya. Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata: "Kamu mahu ke mana?"
Ia menjawab: "Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini. "
Malaikat terus bertanya: " Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu? "
Ia menjawab: "Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana ALLAH SWT. "
Malaikat berkata: " Sesungguhnya aku diutus ALLAH kepadamu, bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya." - HR Muslim.
TIGA CINTA YANG MANISTiga perkara, yang barangsiapa memilikinya, ia dapat merasai manisnya iman, iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul melebihi cintanya kepada selain kedua-duanya, cinta kepada seseorang kerana ALLAH dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakan ke dalam api neraka. - HR Bukhari dan Muslim.
Posted by nadia_tomei at 12:06 PG 0 comments
Ahad, 17 April 2011
Cerita 7, Mahmoodiah.
Banyak2 kisah mistik, aku rasa ini lah yang paling menyeramkan & banyak kisah yang berlaku di kawasan ini. Tidak lupa juga kawasan berhampirannya iaitu Dataran Bandaraya Johor Bahru yang pernah di gemparkan dgn kisah Hantu Lilin pada tahun 1990-an. Pada tahun 1980-an lagi best, pelancong Kuala Lumpur yang datang ke Johor Bahru tertarik dengan kemeriahan persembahan kuda kepang di pentas dataran tersebut. Hampir 2 jam dia melihat persembahan itu. Oleh kerana terlalu terpegun dengan kehebatan negeri Johor yg 'menghalalkan' pementasan sehingga jam 2 pagi, pelancong tersebut menceritakan hal ini kepada rakannya yang kebetulan bekerja dengan Majlis Bandaraya.. Rakannya menafikan dakwaannya itu dan mngatakan bahawa dia berkhayal! Habis, apa yg sebenarnya berlaku selama 2 jam pada mlm tersebut? Wallahualam..
Berbalik kepada kisah di Mahmoodiah, ramai pemandu di ganggu ketika melalui kawasan perkuburan yg menempatkan kerabat2 di Raja itu.. Kisah pertama ini berlaku ke atas pemandu kereta yg bernama Kadir. Kadir dlm perjalanan ingin bertemu rakan di sebuah restoran di Danga Bay.. Jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Sampai di pertengahan jln lingkaran (sekarang di dirikan Petronas), dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri.. Dia pun memberhentikan kenderaan & bertanya arah tujuan wanita berkenaan.. wanita itu ingin ke perhentian bas di Hospital Sultanah Aminah..
Kadir pun menumpangkn wanita berkenaan. Wanita tersebut menyuruh Kadir agar tidak menggunakan penghawa dingin.. Biarlah dengan membuka tingkap sahaja katanya.. Wanita itu memberitahu bahawa sepatutnya teman lelakinya yg menjemputnya, tetapi akibat masalah yg tidak dapat di elakkan, dia terpaksa berjalan kaki utk ke perhentian bas hospital itu. Wanita itu juga berpesan kepada teman lelakinya agar membawa kereta, kerana dah serik menaiki motor. Kadir cuba menenangkan wanita berkenaan dgn mengatakan bahawa naik motor lagi romantik, jimat minyak dan kalau jalan jem, boleh selit2.. Tetapi wanita itu terus menceritakan kepada Kadir bahawa berlaku 1 kejadian yg tak di ingini semasa dia menunggang motosikal bersama teman lelakinya.. Pernah 1 ketika semasa menunggan motor bersama teman lelaki, mereka di sondol oleh kereta yg berlumba di situ.. Kadir lantas bertanya "Ya Allah, lepas tu apa yang terjadi?" Wanita itu terus berkata, "awak nampak divider itu? di situlah saya dan teman lelaki saya tercampak selepas di seret hampir 50 meter, dan KAMI MATI bersama"..
Apa saja ayat yg terlintas di fikiran Kadir, terus di bacanya kuat2.. Yang terdengar hanyalah hilaian tawa wanita berkenaan lantas terbang dan berlalu pergi menerusi tingkap kereta Kadir yg terbuka luas.. Kadir membatalkan hasratnya utk berjumpa kwn2nya lalu terus balik ke rumah.. Di rumah, dia menceritakan segalanya kepada pakciknya yg kebetulan bertandang ke rumahnya.. Pakciknya berusia 66 tahun hanya tersenyum kerana kejadian sebegini sering berlaku di kawasan itu..
Kisah kedua yang terdapat di Mahmodiah ialah berlaku kepada seorang pemandu teksi. Lokasinya ialah di Terowong berhampiran ZZ / JKR.. menghala ke Anjung Warisan dari Petronas Lingkaran.. Selepas melalui terowong tersebut, ada seorg wanita menahan teksinya & terus mengejar teksi berkenaan..
Kisah ketiga ialah bangunan yayasan warisan johor..mase perang jepun dulu..jepun gunakan bangunan tu buat markas / kem diorng la..so mcm2 hukuman jepun spt pancung kepale ape sume buat kt situ..kt situ jugak bnyk askar jepun mati.. org2 lama cerita, kat situ ada jepun berbaris di atas bumbung! mcm mana tu dorg berbaris aku tak tau la.. wallahualam..
Kisah keempat kubur mahmoodiah berdekatan terowong jalan petri mengadap jalan lingkaran dalam..ade org cite yang kwsn situ haunted pade waktu petang selepas asar sebelum maghrib..ade org pegi ziarah kubur time tu..ade gangguan seperti ade bende terbang atas kepala...banyak kali..penggali kubur kt situ pun sarankan jgn dtg waktu2 ptg mcm tu..lg2 kwsn tu..
Ingat, jangan terlalu percaya.. Nanti syirik pulak.. Jangan terlalu takut & jangan terlalu berani.. Jika apa yg di tulis di atas adalah mengenai korg, aku nk korg perbetulkan di mana silapnya.. tak kisahlah drpd tarikh atau segala bagai.. apa2 pun yg buruk itu dtg drpd diri ini, kerana setiap manusia tak ubah drpd melakukan kesilapan & kesalahan.. Cerita ini bukan rekaan semata-mata.. ianya menjadi perbualan dari mulut ke mulut masyarakat JB.. aku pasti, ada jugak yg x tau lagi pasal kisah2 ini.. yang pastinya antara 3 kisah paling top di JB seperti Villa Nabila, Mahmoodiah & Banglo Hilang di Tmn Rinting telah pun aku research.. aku tak main tulis je, ada yg aku ambil dari blog2 & aku pilih yg paling lojik & terbaik.. Jika mahu share, silakan.. JANGAN TELALU TAKSUB, Wassalam.. ^.^
Posted by nadia_tomei at 10:41 PTG 0 comments
Cerita 6, Persimpangan Desa Rahmat, Tampoi.
ATAS:NOR Kharunisa menunjukkan imej lelaki tidak berkaki (bulatan) di belakangnya yang muncul apabila gambar itu dirakam di sebuah restoran di Johor Bahru baru-baru ini. KIRI:IMEJ lembaga bertudung dengan muka yang kabur (bulatan) ini didakwa tidak kelihatan sewaktu gambar ini dirakamkan di Air Hitam, Muar baru-baru ini.
JOHOR BAHRU - Belum reda kisah lembaga 'wanita kebaya merah' di Lebuh Raya Utara-Selatan, kini timbul pula kisah dua orang di sini yang terkejut melihat gambar mereka rupa-rupanya ada imej lain yang tidak disangka-sangka.
Nor Kharunisa Abd. Ghani, 24, mendakwa dalam sekeping gambar yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sebuah restoran di sini baru-baru ini meresahkannya kerana ada imej 'lelaki tidak berkaki' di belakangnya.
"Saya hanya menyedari imej ganjil yang kabur itu apabila memasukkan gambar itu ke komputer.
"Pada mulanya saya ingatkan itu adik angkat saya, tetapi dia ketika itu duduk di hadapan saya,'' ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Dakwanya, sejak kejadian itu perasaannya menjadi tidak tenang kerana terasa seperti diekori.
Sementara itu, seorang lagi yang mendakwa berjaya merakamkan gambar ganjil, Mazluini Jema'an, 36, berkata, dia terkejut apabila ada imej wanita bertelekung tanpa muka muncul di hadapan gambar seorang saudaranya.
Di petik dari KOSMO!
JOHOR BAHRU - Imej misteri yang muncul dalam gambar telefon bimbit Nor Kharunisa Abd. Ghani mungkin ada kaitan dengan mangsa kemalangan maut di persimpangan Desa Rahmat di sini beberapa tahun lalu.
Menurut peniaga restoran di kawasan berkenaan, Mohd. Firdaus Md. Said, 26, sejak berniaga enam tahun lalu, banyak kemalangan berlaku di simpang jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari restorannya itu.
"Memang banyak kemalangan yang berlaku di sini malah ada juga yang mengakibatkan kematian. Mungkin roh mereka berkeliaran dan dirakam secara tak sengaja di dalam kamera pengunjung restoran saya," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan Nor Kharunisa, 24, terkejut melihat ada imej lain yang tidak disangka di dalam gambarnya yang didakwa seorang lelaki tidak berkaki ketika makan di restoran yang sama.
Imej tersebut hanya disedari ketika kakak angkatnya, Noorfadilah Zulkarnaian, 33, memuat turun gambar dari telefon bimbit ke dalam komputer.
Menurut Noorfadilah, semasa mengambil gambar Nor Kharunisa, dia tidak perasan apa-apa perkara misteri berlaku.
"Malah saya ambil gambar tiga kali di tempat yang sama. Kali ketiga baru imej itu muncul, itu pun setelah saya cuba untuk muat turun ke komputer," jelasnya.
Posted by nadia_tomei at 10:38 PTG 0 comments
Cerita 5, Jambatan Permas Jaya & Railway Plentong
Kemalangan maut pasti terjadi tiap2 tahun, org kata jambatan ni memang terkenal dgn sikapnya yg ketagih darah org.. Sebabnya? semasa jambatan ni mula2 di bina, byk kejadian bunuh diri berlaku di situ.. Di katakan tempat itu keras kerana pemandu2 kereta akan ternampak bayangan aneh melintasi jalan.. Siapa yg berani nak jalan sorg2 di situ ketika waktu malam? Sebelum Bayu Puteri & Flat Sri Stulang di dirikan di situ, ianya merupakan hutan paya bakau yg di penuhi monyet. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau korg dari bandar nak ke Permas Jaya, korg kena lalu jalan tebrau - carrefour pandan - highway pasir gudang - plentong & baru lah sampai ke Permas Jaya..
Kawan aku sendiri pun pernah arwah di sini.. Aku sendiri pun pernah eksiden pada tahun 2004 waktu nak ke sekolah Teknik Tanjun Puteri, alhamdulillah nasib baik tak ada apa2.. Ada la sorg cina mabuk ni, dia ingat jalan kat atas jambatan tu dua hala kot.. dia pun songsang lah.. terus berdentum.. Sungai di bawah jambatan ini menghala ke Plentong.. di kawasan berhampiran juga ada kes bunuh diri yang menyayat hati..
Kes bunuh diri secara berpasangan.. Ini kerana ahli keluarga tak merestui perkahwinan mereka, si perempuan pula berbadan dua, kandungannya berusia 5 bulan.. Pasangan itu di katakan membunuh diri mereka dgn berbaring di railway Plentong.. Hancur berkecai di gilis kereta api kargo yg membawa muatan ke Pasir Gudang..
Di pendekkan cerita, dulu ada pokok buluh bawah jambatan kereta api kargo (dari plentong nk masok permas)..kt situ ade sorang brader beniaga burger smpai ke tgh malam..then datang seorang perempuan..pakaian serba putih mengendong anak..dtg ke stall burger tu..hanya order daging mentah..tokey burger tu pon pelik la dgn perempuan tu..then tgk pulak anak perempuan tu dlm kain yg dibuat selubung anak tu..batu nisan ! kelam kabut tokei burger tu lari..esok pagi baru dtg kemas stall ape sume..tros dh x beniaga kt situ lagi..pokok buluh tu pon dh kene tebang..org2 situ ckp perempuan tu mungkin roh sheikin tu la (gf arwah mansor)..roh nye tak tenang kot..itu crite org2 dekat2 situ la..xtau betul atau tidak.. kalau tak percaya, korg pergi tanya Pak Tahir, dia tu ketua kampung kat situ.. huhu hari aku lalu situ nak balik kerja dlm pkl 11 malam.. Alhamdulillah, sekarang ni dah tak dengar pun gangguan yg berlaku di situ, kemungkinan roh arwah dah tenang..
Posted by nadia_tomei at 10:34 PTG 0 comments
Cerita 4, Banglo Hilang, area Taman Rinting
Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.. anyway setelah langgar perjanjian.. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi..maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nih... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam.. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada yg menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram.. banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan.. mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang ni pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu.. persoalan yg menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?
Posted by nadia_tomei at 10:33 PTG 0 comments
Cerita 3, Terowong Lama British di Tambak Johor
Aku tertanya-tanya, bagaimana jentera yang seberat itu boleh ditelan dek pasir pantai dan tidak dijumpai. Pada pemahaman aku, kejadian tersebut hanya berlaku lebih kurang 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam. Projek penambakan tersebut memang projek mega yang menelan kos berbillion ringgit Malaysia, Lido Boulevard namanya. Pemahaman 'org2 kampung' mcm biasa lah, mereka mengatakan itu semua adalah normal. Bila manusia sibuk menghakis kejadian alam semesta, mesti ada 'give & take'. Katanya, mungkin ada 'penjaga' yang mahukan 'darah' manusia sebagai gantian. Tapi takkan dengan jengkaut-jengkaut tu 'penjaga' tu nak makan? Lapar benar. Kerana sebelum ini ada kes pembinaan jambatan di sini juga yang tertangguh sehingga kemalangan yang meragut nyawa mangsa sehingga mangsa tercampak dalam sungai tersebut barulah jambatan tersebut tiada masalah dan pembinaannya disambung semula. Itu kata mereka bukan aku, syirik namanya kalau percaya. Manalah tahu bajet tak cukup nak teruskan pembikinan jambatan tu. Iya tak? Dan mereka juga kata Kejadian tanah jerlus itu ada kaitan dengan TEROWONG LAMA BRITISH yg menghubungkan Singapura & Malaysia ini.. Thukah anda, isteri mangsa siap tidur di tempat kejadian sementara nak tunggu org cari mayat arwah suaminya.. Takziah di ucapkan.. Sedekahkan Al-Fatihah..
Ini ada 2 video yg di sedut dari youtube berkenaan Terowong yg di katakan ini..
http://www.youtube.com/watch?v=WEDuqd-ShC0 dan http://www.youtube.com/watch?v=oVSiBbiqrMg
Pelik, mcm mana dia boleh terlepas masuk kat dlm terowong tu? tapi separuh jalan je pasal di pertengahan jln tu ada tanah tertimbus. Kalau nk ikutkan dgn video ni, negara kita masih selamat la, pasal dorg takleh nak tembus sempadan Johor dah.. Adakah video ini di buat2 oleh mat saleh berkenaan? Nasib baik hantu Jepun tak muncul dlm video tu.. Sebab dgr cerita terowong tu 'berpenghuni'.. Yang menghuninya pula bukan calang2 hantu!
Kredit utk Azeem Zainal, pasal dia lah aku cari info mengenai kisah ini. Kisah terowong ini terdapat dalam antara 95 fail mengenai “kumpulan rekod-rekod dan panduan kepada bahan-bahan mengenai Tambak Johor.Antara dokumen itu menyatakan bahawa terowong yang dibina di bawah Tambak Johor itu adalah 8 kaki tinggi dan 11.5 kaki lebarnya. Dokumen itu menyatakan bahawa objektif terowong itu adalah untuk kegunaan paip air daripada Gunung Pulai Satu, di Jalan Pontian, Johor, menuju ke Mac Ritchie Reservoir, di Singapura. Berikutan Wayleave Agreement 1971, paip yang menyalurkan air ke Singapura telah dibina selari dengan landasan keretapi yang merentasi Selat Teberau seperti yang wujud pada hari ini. Apa terjadi jika terowong tersebut menjadi tempat untuk pengintipan daripada negara luar?
Mungkin juga akibat kebimbangan terhadap kemungkinan wujudnya terowongberkenaan disalahgunakan untuk sesuatu aktiviti yang membahayakan Malaysia, maka Tun Dr Mahathir Mohamad merancang supaya Tambak Johor digantikan dengan sebuah jambatan. Dan, mungkin juga atas kepentingan terowong itu kepada pihak-pihak tertentu, maka rancangan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor itu dibangkang habis-habisan, sehingga menyebabkan projek itu dibatalkan?
Ok, aku nak bawa korg ke alam misteri.. Ingat lagi tak Metro Ahad pernah keluarkan berita tergempar apabila 2 orang pekerja binaan terjerlus ke dalam lubang misteri? Bertarikh 14 November 2010. Masa tu aku kat Melaka tgh sibuk2 ngan 'Projek Melaka' Tajuknya Tragedi Tambak Laut, mangsanya Mohd Nor Miskan berumur 36 tahun. Dia dikhuatiri lemas apabila jentera jentolak yang dikendalikannya tenggelam ketika sedang menjalankan kerja-kerja penambakan pantai tersebut. Di fahamkan insiden tersebut turut menenggelamkan tiga jengkaut, dua kontena dan satu set generator. Kemana hilangnya ke semua tu? mayatnya pun di jumpai setelah beberapa hari..
Posted by nadia_tomei at 10:29 PTG 0 comments
Cerita 2, Lokasi Villa Nabila Bukit Serene (berhampiran Strait View Hotel)
Posted by nadia_tomei at 10:24 PTG 0 comments
Cerita 1, Lokasi Masai.
Ustaz ini amat daif kehidupan nya dari segi harta.Semua kenderaan yg di gunakan adalah sumbangan dari anak murid nya. Dia tinggal dirumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama.Masyallah hebat nya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kpd nya...dia telah kembali ke rahmutullah pada thn 1990an.
Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun di robohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan Surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah di dirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!
Sebelum di robohkan dulu, ada juga penduduk setempat yg mengatakan bahawa ternampak kelibat org bersembahyang di kala maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila di periksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dpt tahu bahawa yg menumpang sembahyang itu adalah jin2 Islam..
Posted by nadia_tomei at 10:17 PTG 0 comments
7 Himpunan kisah mistik di Johor Bahru.
Ingat lagi tak pasal hantu perempuan yang memakai purdah kecoh culik budak? Ianya juga di kenali sebagai Wanita Setan.. Hantu tu di katakan menaiki kereta Kancil berwarna merah.. Time tu tahun 1996, aku darjah 2.. Dah nak masuk waktu maghrib je, semua budak2 tak kira la lelaki atau pmpn akan masuk ke rumah coz takut kena culik ngan hantu tu.. waktu malam hingga ke subuh di katakan hantu itu 'beroperasi' mencari mangsa.. Hantu tu di katakan nak tangkap 20 org gadis.. Sebab apa dia nak tangkap 20 org gadis? sebabnya nak isap darah 20 org gadis tersebut bg menghilangkan hodoh di muka akibat melanggar pantang..
Oleh sebab tu juga hantu purdah tu memakai purdah kerana nak melindungi wajahnya yg kelihatan hodoh..cerita ni berkembang dari hari ke hari, merentasi negeri dan lautan dan lebih menghairankan ceritanya dijadikan muka depan harian metro semacam menjadikannya sebagai cerita nasional pada waktu tu.. Di dewasa ini aku terfikir, HANTU PANDU KERETA KANCIL? HAHAHA.. Orang kata, cerita ini di war-warkan sbb nak mengelakkan anak dara keluar malam² sebab waktu tu mmg ramai bohsia and bohjan, tapi tatau lah. btw kalau dapat kurangkan bohsia and bohjan bagus juga ada cerita² macam ni.
Kisah Hantu Kum Kum adalah salah satu kisah yang bertaraf urban lagend dalam masyarakat Malaysia. Cerita ini tersebar dengan pantas sehinggakan penduduk asli di tanah air juga mengetahui cerita mengenai Hantu Kum Kum ini. Bergitulah pantasnya cerita Hantu Kum Kum ini tersebar.
Namun, daripada segi logiknya, ia gagal diterima akal. Seseorang manusia normal bila berfikir secara intelektual akan merasakan cerita ini sangat mengarut dan rubbish. Manakan tidak, Hantu yang dikatakan mampu membunuh ini tetapi tiada langsung laporan polis yang mengatakan terdapat mangsa-mangsa dibunuh akibat daripada Hantu Kum Kum. Tidak logik bukan?
Apa yang penting sebenarnya daripada kisah yang ‘menakutkan’ ini ialah ia terkandung beberapa perkara tersirat. Sebagai warganegara Malaysia anda wajib mengetahuinya.
hehe.. hebat tak org Johor Bahru? Kecoh satu Malaysia tu.. ok itu cerita pembuka kata.. Selepas ini anda di sajikan dgn cerita2 mistik yg pernah kecoh di Johor Bahru..
Posted by nadia_tomei at 10:08 PTG 0 comments
ABPBH 2010 dah lama berlalu. Belek punya belek Red Carpet, pentas, candid action, dalam dewan punya gambar artis punya lah main colourfull lagi. Posing sana sini, pakaian seksi pun ada juga. Tapi baru perasan, kemana kelibat Raja SMS dan juga pernah menang kategori bintang paling popular 2007, Mawi serta isterinya, Ekin ketika itu? satu masa dahulu dia memang selalu datang ke majlis gilang gemilang tu. yang menjadi tanda tanya, kemana Mawi menghilang? oO rupa-rupanya Mawi dan Ekin pergi umrah. Baguslah kalau macam itu, tambah kn mutu ibadah tingkatkan keimanan.
Posted by nadia_tomei at 9:54 PTG 0 comments
Tomok nikah 1 Julai 2011...
Untung penyanyi ini apabila persiapan majlis kahwinnya itu sudah lebih separuh disiapkan. Semuanya sudah diatur oleh dia dan keluarga sejak awal tahun 2011. Memilih gadis yang hanya dikenali dengan nama Ayu sebagai suri hatinya, Tomok sedar tidak mudah untuk dia mengemudi layar nanti memandangkan dia merupakan insan seni yang cukup dikenali. Sudah resam anak seni, habis cerita akan dikorek untuk diketahui umum. Atas dasar itu sudah pasti Tomok perlu memilih calon isteri yang benar-benar bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang mendatang.
“Memang saya berdebar dengan perkahwinan ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke satu fasa yang lebih mencabar memandangkan ini fitrah semula jadi manusia.
“Saya tidak mahu menyorok perkahwinan seperti orang lain. Bagi saya perkara yang baik seharusnya dikongsi bersama apatah lagi dengan peminat yang sudah setia menyokong kerjaya seni saya sejak kecil lagi.
“Ini masa yang benar-benar sesuai. Insya-Allah seboleh-bolehnya Tomok mahu peminat sama-sama mendoakan kebahagiaan saya nanti,” jelas Tomok yang kini mencecah usia 27 tahun.
Mengulas lanjut mengenai bakal isterinya itu, penyanyi Berlari memberitahu dia cukup bertuah kerana wanita tersebut benar-benar memahami dirinya sebagai anak seni yang tidak pernah lekang dengan kontroversi. Sambil menyifatkan dia sebagai insan yang sangat memahami, kata Tomok dia cukup gembira memadangkan Ayu masih lagi setia dengan apa juga onak dan duri sepanjang perkenalan mereka.
“Bila sudah kenal lama, saya pasti dia cukup memahami saya. Jadi saya tidak fikir ada apa-apa masalah yang akan timbul selepas kami berkahwin disebabkan saya seorang artis.
“Sama juga halnya dengan hal populariti. Ada orang cukup takut untuk berkahwin. Ada yang kata kalau berkahwin dalam usia yang masih muda populariti akan hilang dan peminat akan lari.
“Saya tak rasa kata-kata itu benar. Peminat sudah pandai menilai dan tidak timbul soal lari memandangkan orang sekarang lebih melihat pada produk yang kita keluarkan.
“Kalau lagu atau apa sahaja produk baik, peminat akan tetap suka. Tak perlulah saya takut dengan hal-hal yang tak pasti memandangkan hidup kita perlu diteruskan.
“Sebab itu saya sangat mengharapkan agar jodoh ini berkekalan sampai akhir hayat. Ini yang pertama dan ini yang terakhir” katanya lagi
Posted by nadia_tomei at 9:50 PTG 0 comments