BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 2.0 Layouts »

Khamis, 26 Mei 2011

Disaat Aku Mencintaim​u


Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.......

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta.......

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta

Selasa, 17 Mei 2011

PANAS!! Bunuh ADUN Batu Talam: Lokap Mona Fandy Berhantu??


Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Suasana menyeramkan itu berlaku selepas ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Selepas hampir 10 tahun kejadian menyeramkan itu ‘disimpan’ anggota balai berkenaan, baru sekarang ia didedahkan kepada umum dan orang ramai boleh menempuh sendiri pengalaman aneh itu apabila lokap berkenaan bakal dijadikan destinasi pelancongan dalam ‘Pakej Lawatan Berhantu’ yang dipromosikan Tourism Malaysia Pahang.

Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman berkata, cadangan memasukkan lokap berkenaan dalam Pakej Lawatan Berhantu disuarakan sendiri polis pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di Raub baru-baru ini, sebagai satu lagi tarikan ke daerah berkenaan, selain keindahan semula jadi dan bangunan zaman kolonial yang masih terpelihara.

Menurutnya, lawatan berhantu terlebih dulu popular di luar negara sebelum fenomena itu menular ke Malaysia lebih lima tahun lalu sehingga banyak pengamal paranormal menawarkan aktiviti sedemikian.

SEJARAH MONA FANDY


 
 Ini kisah perempuan yang sesuai dilabel paling kejam di Malaysia dengan beberapa kes pembunuhan yang sungguh mengerikan

Kes ni berlaku dah dekat 10 tahun lebih dah (time tu aku kecik lagi).Tapi masih segar lagi di ingatan aku kes ni.Jom sama2 kita baca artikel pasai Mona Fendi yang aku petik.
"Tersebut la kisah, Si Mona Fendy.
Seorang Bomoh kejam tidak terperi,
Berbakat juga dalam bidang menyanyi.
Menetak, mengerat dan melapah daging menjadi hobi"

Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mona Fendy (kiri), suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman (tengah), dan pembantu mereka Juraimi Hussin (kanan) dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Mona Fendy mengaku bahawa dirinya seorang penyanyi, dan telah mengeluarkan beberapa album antaranya DIANA1 pada tahun 1987.

Mona Fendy juga telah mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh itu.

Namun, pada waktu Hakim menjatuhkan hukuman, Mona tidak menangisi nasibnya malah beliau tersenyum dan mengatakan " Im very happy now ".

Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi

"Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan.

Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)," kata Mohamad Affandi
''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,'' kata Mona Fendy

Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]:

Pembunuhan yang dilakukan Mohd Affandi Abdul Rahman dan isterinya, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka, Juraimi Husin, dianggap antara jenayah paling kejam di Malaysia.

Walaupun mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2001 kerana membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993, setiap kali jenayah pembunuhan kejam berlaku, nama mereka akan dikaitkan sebagai ala Mona Fandey?

Ini kerana dalam kes Mona, mayat mangsa dikerat 18 bahagian dan ditemui tertanam dengan simen dalam sebuah stor di belakang rumah didiami pasangan bomoh itu di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub, Pahang.

Antara yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membela dirinya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 23 November 1994, Juraimi berkata: Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak tiga kali, baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi. Menurut laporan, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulit serta daging Mazlan selepas mendapat arahan lanjut daripada Mohd Affandi.

Tulang dan daging itu saya masukkan ke dalam besen dan mencurahkannya ke lubang stor rumah yang digali sejak seminggu lalu dan menimbusnya. Saya kemudian menyimen lubang itu keesokan harinya (3 Julai 1993) kata Juraimi.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu.

Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.
26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi

Ahad, 15 Mei 2011

Seram: Bilik gantung ‘sunyi’ sejak 2009


KUALA LUMPUR – Pelaksanaan hukuman gantung sampai mati yang terhenti sejak tahun 2009, menjadikan bilik gantung di beberapa buah penjara yang menjalankan hukuman itu menjadi ‘sunyi’ dan keranda yang disediakan juga seperti terbiar.

Situasi tersebut juga dikatakan kali pertama berlaku dalam tempoh yang panjang. Walaupun hukuman itu sering dijatuhkan oleh mahkamah tetapi kesemua kes hukuman gantung sejak 2009 masih belum selesai dan di peringkat rayuan.
Sumber berkata, selepas mahkamah menjatuhkan hukuman gantung, pesalah masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan sehingga pelaksanaan hukuman tertangguh.

“Proses rayuan itu ada yang tertangguh dan tidak dapat diselesaikan sehingga kini, sebab itu tiada pesalah digantung sampai mati dipenjara di seluruh negara sejak 2009,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Mengikut sistem perundangan di Malaysia, seseorang pesalah itu akan melalui beberapa peringkat iaitu peringkat pertama, hukuman itu disebut semula di Mahkamah Tinggi, diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah tersebut mensabitkan kesalahan tertuduh, maka satu rayuan pengampunan boleh dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong atau ketua-ketua negeri, bergantung di mana kesalahan itu dilakukan.

Keputusan yang diambil adalah dianggap muktamad dan sekiranya hukuman itu dikekalkan, mahkamah akan memerintahkan Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Selasa, 10 Mei 2011

UNIK!! Melihat basikal SPERMA dari Denmark

Begitu turun ke jalan langsung saja basikal ini menarik perhatian pengguna jalan lain. Bentuknya sangat unik dan berbeza dengan basikal pada umumnya. Namun ternyata basikal  ini bukan seperti basikal biasa.Basikal ini direka khas untuk menghantarkan sample-sample sperma ke bank sperma di Denmark.Sistem cooling yang cukup canggih membuat sample sperma tidak rosak ketika di perjalanan.